menulis blog ni macam aku ada diari masa zaman sekolah2 dulu. diari yang aku cuma semangat nak tulis dalam seminggu pertama. lepas tu ntah mana-mana aku letak...
memang aku bukan jenis yang tersusun. selalu aku main hentam saja. hidup selalu spontan. tu kan lebih fun. konon lah..padahal aku cuma sedapkan hati sendiri. (^.^)
macam blog ni, ntah berapa lama masa aku ambik nak set up.. dah ada blog, bukan main payah aku nak upload entry pertama...ntah-ntah dalam blog ni cuma ada satu entry je...lepas tu aku buat tak tau je...
tp kadang-kadang menulis ni macam satu terapi... kamu rasa lega bila dapat luahkan apa yang kamu rasa... macam aku, perkara luah-meluah ni tak jadi isu sangat...aku ada kawan baik...suami sendiri.. :) dia boleh dengar apa saja... bila-bila masa... aku pelik bila dia tak jemu...
jadi kenapa aku mahu ada blog??
siapa yang nak baca??
(**garuk kepala)
biar aku baca sendiri...
sebab sekarang aku sedang lalui fasa terbaik dalam hidup... aku mahu kenang sampai bila-bila...
manis kan??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
semoga si manis tu akan selamat ke dunia. auntie nana tak sabar nak tengok! salah 1 sebab kenape ko kene ade blog kan? untuk kenangan... ;)
Post a Comment